Friday, February 27, 2009

Kepada Rakan-rakanku Yang Gemuk Semuanya

Hari ini saya bangun lewat dari kebiasaan.Selalunya begitulah kalau malam sebelumnya ada aktiviti futsal.Akibat terlalu lama tidak bermain futsal,saya dan rakan2 pulun habis-habisan malam itu.Berlaku sedikit adegan tolak menolak dengan pemain AC Milan,Mat Yienho,yang agak kasar,tapi kami hanya gelak2 dan tiada adegan pergaduhan berlaku.

Pulang ke rumah saya terus menuju ke bilik.Nampak rakan saya Champinho masih terbelonyok,nyenyak bagaikan bayi besar sedang tidur.Biasalah dia ni kalau tidur memang tak ingat dunia.Tapi pelik bukan,rakan-rakan saya semuanya di belakang mesti ada -Nho.Masing2 mahu menjadi ronaldinho,walaupun badan masing2 besar dan mempunyai helmet di bahagian perut mereka.*ops sorry rakan2 :)"

Saya masuk ke tandas.Ambil gunting,trim sikit misai,pakai pencuci muka Biore.Ku usap sedikit jambang2 d pipi,urm ok kot ne...Kemudian mandi sebelum memakai baju yang style untuk ke....

MELAKA!!Ok hari ni saya off,mau menghabiskan masa bersama gf saya d bandar melaka bersejarah.Kepada rakan2 semua,duduklah macam kura2 bawah tempurung d Parit Raja yang tiada apa-apa itu.Chow dude : )

Thursday, February 26, 2009

Impian,Cita-cita,Harapan

Early Month of January,1993

Bilik Darjah 1A9,ketika itu hujan turun renyai2.Aku sedang cuba memikat budak kecik sebelah aku tatkala guru kelas berteriak memanggil namaku.

"SYAFIQ!!Sini kejap..."

Aku tersentak.Pehal plak ne..Salah ke aku tekel budak sbelah aku ne?Cinta itu kan buta.Aku bangun,tersengih2 macam kerang busuk.Cikgu Manjawati(actually da tak igt nama cikgu tu) pandang tajam ke arahku.Dengan langkah malas aku berjalan menuju ke arah meja cikgu.

"Duduk."suruhnya.Aku akur.Disuanya fail profil diri aku.

"Awak tertinggal satu benda dalam fail ne.Cita-cita tu tak tulis.Takpe sekarang cikgu tolong awak tulis.Urm fikirkan 3 cita-cita kamu,n then gtaw cikgu.."cikgu tekan hujung pen,sedia untuk menulis.

Cita-cita?Penah plak aku pk cita2 aku dalam umur sementah ne.Yang aku taw main,main dan main.Konda kondi,tangkap ikan,polis entri...Layan beb...HA!!!Teringat aku akan kehandalan Azman Adnan bermain bola.Time tu Azman Adnan tak gemuk cam skang,skarang menari pun cam kayu.Dulu dia main ala-ala Messi,dan rembatan freekicknye ala-ala Ronaldo tau...

"1st skali saya nak jadi pemain bolasepak cikgu.Kalu bapak saya beli suratkhabar mesti saya baca page blakang dulu,pasal bola.Saya peminat RED GIANT!!"jawabku semangat.

Cikgu wat muka bosan,tapi tulis jugakla...Budak-budak,layankan aje.."so...cita-cita kedua awak?"cikgu tanye lagi.

Mukaku berkerut.Model?boleh jugak...Aku sentuh2 mukaku,licin..Haa..TIme kecik dulu manade jerawat.Skang ne da macam kawah muka aku.HA...aku taw...!!

"Kedua saya nak jadi pegawai polis!"jeritku.Teringat kehandalan Ryu dalam cerita Maskmen.Ryu dalam tu kerje polis.Berkungfu mak ai hebat gila...Lagi satu Inspektor Shahab.Shah RUkh Khan berlakon.Aku tataw nama dia dlm cite tu,tapi pasal dorg syik sebut inspektor Shahab tu kot nama dia..

"Kalau ye pun takyah jerit sayang oi,"seraya mencubit badanku.Adoi,sakit.Aku hanya mampu sengih."ok yang last?"

Aku takde idea.Teringat Posmen merempit,layan corner sana sini bila hantar surat.Valentino Rossi pun kalah.

"cikgu letak la posmen.Saya pun tataw apa cita2 saya yg ketiga cikgu."

Cikgu tulis,kemudian berkata padaku"ok done.Awak bleh balik tempat duduk awak.Jangan nakal2 kat belakang tu taw..."

Aku sengih.Cam biasa,ala2 kerang busuk lagi..Kemudian berjalan menuju tempat dudukku.

Time kecik2 dulu aku apa pn tataw.cita-cita,impian,planning untuk masa depan.biasalah dak2 kecik kan,byk main.tapi skang aku da ada tu semua.cuba tanya cita-cita ku..Menjadi jurutera yang banyak berjasa kepada orang ramai.Impian?membahagiakan kedua org tuaku,di samping mendapat isteri secantik angelina jolie..hak2!!Rancangan masa depanku rahsia.:)takleh gtaw..
Aku harap semua orang dapat apa yang mereka impikan,inginkan,mahukan..Sama-sama lah kita bekerja keras ke arah impian kita,amin!!

P/s:aku harap dapat keje konsultan,so skarang aku tgh explore balik software2 lama cam autocad,primavera,n software baru,google sketchup.Tapi kalau takdapat pun takpe,mayb itu yg terbaik tuhan bleh bagi untuk aku :)

Gambar Semasa Darjah 6.Kredit to Raja Ahmad Kamil atas tulisan buruknye ;)

Wednesday, February 25, 2009

Khas Untuk Miss Cdomp Nak Ayaq Tey~

Posting ini khas untuk CT K yang asyik meminta aku membuat rumah idaman beliau.Walaupun aku baru belajar software ne tak smpai 3 hari,ada sedikit selesema dan pening2 kerana perubahan cuaca,namun kerana kawan aku cuba siapkan jugak mereka rumah idaman Miss Siti K dan Mr Dot-Dot nye.Model ne baru siap dalam 50%,akan ada penambahan lanskap,element bangunan seperti tingkap,pintu, dan profil tanah rumput untuk memudahkan siti K bergolek2 dengan Mr DOt2 nya di luar rumah sambil menyanyi dan menari lagu ala2 hindustan.Diharap Siti K berpuas hati dengan rekaan saya ne.He :)

Pandangan dari penjuru atas kiri

Pandangan Dari Hadapan

Sunday, February 22, 2009

Chippoyok:Samseng Comel Berparut di Dahi

Salah seorang rakan aku yang sangat baik dengan aku bertanya akan perihal nama panggilan koyok ku ini.Mana taknye, dulu time skolah aku dipanggil dengan gelaran chip, skarang kat universiti tetiba panggil nama koyok(kalau nak taw akaun YM aku letak nama chip_hensem86,agak kebudakan time tu ^.^) . Katanya nama koyok tu tak seswai untuk aku,macam nama gengster berparut di dahi tepi,tapi kalau nama chip cam comel, sesuai la ngan orgnye :P.Tapi awekku suka nama koyok,siap wat lagu lagi, "yok yok yok chaiyuk yok yok go koyok!"cam tu la bunyi dia.so aku decide untuk ubah nama aku cippoyok,gabungan dua nama panggilan aku,bermaksud samseng comel yang berparut di dahi tepi.

*****

So camne aku dapat nama chip ne?Alkisahnye begini,dulu time orientasi skola teknik KL first skali aku kenal ngan mamat balakong ne nama jep.Hensem dan agak jiwang sedikit orangnye.Dia tanya sapa nama aku?Aku jawab sudah.Maksud pun sedap,penyayang.Tapi dia tamaw.Dia kata dulu ada gak kawan nama syafiq,dorang panggil chip jek,mudah n mesra,ala2 sweet gitu.Aku tak kisah,lantak ko la asal nama tu tak bawak maksud pelik2 sudah.So melekat la nama tu sampai ari ni.Yang panggil nama aku skarang ne adalah rakan2 terdekat aku yang aku sgt baik ketika skool dulu,aju,iena,zul,el,esyam n tak kurang jugak rakan matriks yany,ain,komeng.

Mengenai koyok plak,citennye begini.Time aku jadi budak CC aku slalu main game Counter Strike.Dan nama yang aku gunakan adalah koyok[x]sniper.Bila bermain game slalu kat cc maka secara tak langsungnye kita akan kenal ngan orang2 skeliling kita.Ingat main game kat cc takde faedah ke ha?Selain mendapat ramai rakan kita juga dapat merapatkan hubungan ibu bapa dengan cara mereka kerap mencari kita di cc,dan tanpa segan silu memarahi kita akibat selalu takde kat rumah.Berbalik plak mengenai budak2 kat cc ni,nak memudahkan ingat nama kitorang panggil nama ingame jek,n nama aku cam biasa la agak pekan skit,koyok.Slain koyok nama2 pelik kat cc tu termasuklah cicak,buaya,ayam,baadshah...cam da jadi zoo CC tu ek?
Kat universiti ne rata2 orang panggil aku nama koyok,my gf call me koyok,dak umah aku gitu gak,umah depan,dak kelas,sume la camtu.Aku tak kisah,just call me whatever u want :).

Sebenarnya nama ne memainkan peranan penting.So aku harap bila masuk alam pekerjaan,orang akan ingat dan panggil nama aku syafiq.Penat parents aku fikir nama tu,n aku harap dengan nama tu aku akan membuatkan parents aku bangga,Tan Sri Dr. Ir. Mohd Syafiq b Aminudin,kan bagus tu..hehe..


**gambar gua yang terbaru,samseng gila gua kan :)**

Friday, February 13, 2009

Super Koy The Beginning,Part 1

PERINGATAN:
Aku memang suka menulis cerita yang tak habis.So kepada sesiapa yang asyik menunggu sambungan cerita aku,mayb 2 tahun kemudian pun tak buat2 pun tak siap lagi,except jika aku rajin@takde idea.But for now just enjoy my new story,Super Koy The Beginning!!

In the land faraway....

Terdapat sekmpulan penyelidik sedang menjalankan kerja geology..
koy sedang posing maut,mat yie dan malik kantoi kegiatan gaynya..
dan ijan sedang merangka projek baru CIDB nya..
Tiba-tiba...Raksasa muncuL!!!WARGHH!!
Para penyelidik tersebut berasa sangat takut....LARI!!Kata Malik dengan muka yang ketakutan...
Camne nak buat ne....camne ne matyie??Sue tanya matyie..Matyie pun jawab mana aku taw...makan aku taw la...wakkaa sori yie :PKeadaan agak huru hara,masing2 cuba bersembunyi...Jay lo sembunyi di belakang rimbunan daun-daun tey...

Azah seperti mahu menangis,tetapi sempat ditenangkan oleh Ros yang bajet ala2 angelina jolie .."Apa kita nak buat??"Tanya Ros..."Jap aku msg super koy,selalunya dia yang paling boleh diharapkan waktu2 gini..."....
"SUPER KOY tolong....Kami dalam kesusahan..."msg Azah kepada superhero super duper pawer nak mampos.TIT!!Super Koy balas,"sibuk la..aku tengah study ne,lagi stengah jam aku sampai.."
.Padahal sebenarnya koy tak study,dan sebenarnya dia sedang berpoya2 ngan awek-aweknya...
"HAI KAMI AWEK2 SUPER KOY..."kata mereka ber5 dengan wajah ceria..mak ai lelaki bleh ada 4 orang isteri je awat ada 5 ne??DEBUSH!!!"Gatai awak ne,meh piat tinge skit"...ok2 jap tukar gambar....


Ne gambar sebenar aweknya,Fyza dan Encik Koyokdengan kereta beliau yang dibeli menggunakan duit Finishing Schoolnye dulu....

APAKAH KESUDAHAN CERITE INI?
SIAPAKAH YANG AKAN MENYELAMATKAN MEREKA DARI BENCANA?
KITA TUNGGU EPISOD 2 YANG AKAN MUNCUL,
KERANA AKU ADA TEST NANTI..KENA STUDY...
DAMN!

Sepatah 96 Kata

ait^^.dah agak lama aku tak menulis dalam ruangan ne,mayb dah 3weeks+ lebih.Thx kepada peminat2 yang agak lama menanti akan sambungan cerita2 mengarut aku ne.Terasa jugak la penat lelah aku selama ne terbalas,dan aku akan cuba mengcreate dan menghiburkan korang sumer dengan cerite yang lebih menarik dan ala ala debabas debombas!!

skarang ne masing2 busy ngan test,so aku ucapkan selamat maju jaya,and hopefully korang sume buat yang terbaik dan jangan meniru dalam test ek,cewah.salam: )