Thursday, February 26, 2009

Impian,Cita-cita,Harapan

Early Month of January,1993

Bilik Darjah 1A9,ketika itu hujan turun renyai2.Aku sedang cuba memikat budak kecik sebelah aku tatkala guru kelas berteriak memanggil namaku.

"SYAFIQ!!Sini kejap..."

Aku tersentak.Pehal plak ne..Salah ke aku tekel budak sbelah aku ne?Cinta itu kan buta.Aku bangun,tersengih2 macam kerang busuk.Cikgu Manjawati(actually da tak igt nama cikgu tu) pandang tajam ke arahku.Dengan langkah malas aku berjalan menuju ke arah meja cikgu.

"Duduk."suruhnya.Aku akur.Disuanya fail profil diri aku.

"Awak tertinggal satu benda dalam fail ne.Cita-cita tu tak tulis.Takpe sekarang cikgu tolong awak tulis.Urm fikirkan 3 cita-cita kamu,n then gtaw cikgu.."cikgu tekan hujung pen,sedia untuk menulis.

Cita-cita?Penah plak aku pk cita2 aku dalam umur sementah ne.Yang aku taw main,main dan main.Konda kondi,tangkap ikan,polis entri...Layan beb...HA!!!Teringat aku akan kehandalan Azman Adnan bermain bola.Time tu Azman Adnan tak gemuk cam skang,skarang menari pun cam kayu.Dulu dia main ala-ala Messi,dan rembatan freekicknye ala-ala Ronaldo tau...

"1st skali saya nak jadi pemain bolasepak cikgu.Kalu bapak saya beli suratkhabar mesti saya baca page blakang dulu,pasal bola.Saya peminat RED GIANT!!"jawabku semangat.

Cikgu wat muka bosan,tapi tulis jugakla...Budak-budak,layankan aje.."so...cita-cita kedua awak?"cikgu tanye lagi.

Mukaku berkerut.Model?boleh jugak...Aku sentuh2 mukaku,licin..Haa..TIme kecik dulu manade jerawat.Skang ne da macam kawah muka aku.HA...aku taw...!!

"Kedua saya nak jadi pegawai polis!"jeritku.Teringat kehandalan Ryu dalam cerita Maskmen.Ryu dalam tu kerje polis.Berkungfu mak ai hebat gila...Lagi satu Inspektor Shahab.Shah RUkh Khan berlakon.Aku tataw nama dia dlm cite tu,tapi pasal dorg syik sebut inspektor Shahab tu kot nama dia..

"Kalau ye pun takyah jerit sayang oi,"seraya mencubit badanku.Adoi,sakit.Aku hanya mampu sengih."ok yang last?"

Aku takde idea.Teringat Posmen merempit,layan corner sana sini bila hantar surat.Valentino Rossi pun kalah.

"cikgu letak la posmen.Saya pun tataw apa cita2 saya yg ketiga cikgu."

Cikgu tulis,kemudian berkata padaku"ok done.Awak bleh balik tempat duduk awak.Jangan nakal2 kat belakang tu taw..."

Aku sengih.Cam biasa,ala2 kerang busuk lagi..Kemudian berjalan menuju tempat dudukku.

Time kecik2 dulu aku apa pn tataw.cita-cita,impian,planning untuk masa depan.biasalah dak2 kecik kan,byk main.tapi skang aku da ada tu semua.cuba tanya cita-cita ku..Menjadi jurutera yang banyak berjasa kepada orang ramai.Impian?membahagiakan kedua org tuaku,di samping mendapat isteri secantik angelina jolie..hak2!!Rancangan masa depanku rahsia.:)takleh gtaw..
Aku harap semua orang dapat apa yang mereka impikan,inginkan,mahukan..Sama-sama lah kita bekerja keras ke arah impian kita,amin!!

P/s:aku harap dapat keje konsultan,so skarang aku tgh explore balik software2 lama cam autocad,primavera,n software baru,google sketchup.Tapi kalau takdapat pun takpe,mayb itu yg terbaik tuhan bleh bagi untuk aku :)

Gambar Semasa Darjah 6.Kredit to Raja Ahmad Kamil atas tulisan buruknye ;)

3 comments:

Solaris said...

aku mencari2 ko yg mn satu.tp tk jumpe..*nice work chip* =)

zzxxcc said...

tq tq ^^

Anonymous said...

"seraya mencubit badanku" ayat novel seh..lu banyak baca novel D'Ranjang ke?