Saturday, November 28, 2009

Bola,Filem dan Saya.

Saya hanya mampu tersengih bila rakan saya bercerita mengenai dirinya,yang sedang mengarang lagu,mencipta lagu cinta untuk aweknya tiba-tiba bertukar menjadi lagu bola pasukan kegemarannya.Mungkin disebabkn pengaruh,jiwanya yg lebih menjurus kepada permainan bolasepak dari hal lain menyebabkn dia lebih semangat,kreatif jika ianya berkenaan bola.

Stevie G &Torres.YNWA!
************

2012.filem olehRolan Emmerich.dah berkali saya diajak oleh A tgk,namun tidak berkesempatan.dengarnye visual gempak,biasalah CGI efek.rasanye transformer pn kalah.namun jalan cerita out.skarang ne nak tgk cerita yang betul2 berkualiti sangat payah.2012 cerita mengenai satu family yang sedang berusaha menyelamatkan diri apabila bumi di ambang kemusnahan,sepertimana yang sudah diramal menurut kalender orang mayan,dan juga menurut kajian saintifik.kalau nak tahu lebih,google kat web.saya tak berminat sangat menonton crita sebegini,lebih baik saya melihat cerita UP ataupun papadom,walaupun rakan-rakan semua mengutuk"pe barang tengok cerita melayu kat wayang."at least saya sapot industri filem kita,betol tak??

2012.Best ke filem ne?

***********

Hidup.kena ada perancangan.ada usaha.ada doa.ada tawakal.slalu sayafikir,20 tahun dr sekarang apa akan jd pd saya.berjaya?ada bisnes?model?study smpai mati?entahlah.
tak pasti.kita mmpu rancang,tp tuhan tentukan.kamu tahu,bekerja sbgai engineer di site agak mencabar.bukan apa,kerja di site tak tetap.ikut kontrak.ada yg setahun,2 tahun.and then kena apply keje tmpt lain plak.ksimpulannya,ms depan tak terjamin sgt.except kalu kita dpt keje tetap.ikot company besar.atau kerajaan.so sbb itu kita perlu mempelbagaikan option kita.ada backup plan.skarang ne saya bercadang amik master part time d UKM nnt.harapnya dapatla.sama2 kita doakan ye :)

Thursday, November 5, 2009

WARGH

come on

Saturday, October 17, 2009

Kerja itu Work 1

Gaji tinggi-Company Besar,Higher Expectation,More Work to Do.

Gaji Kecil-Company Kecil/Besar,Tengok Pangkat,Kerja Rilex Sedikit,Depends on Company

Contractor-On Site.Penat badan.Lengoh2.Gaji lebih skit dr Consult

Consultant-Office.Kadang je turun.Letih Otak dan Badan.Keje Banyak is Better Since u will learn More.

Set target.Apa plan masa depan.Gaji kecik bukan penghalang.Rezeki ada di mana2.Jadi kuli?Hukum alam.Kita jadi kuli bos,kongsi jadi kuli kita.Jangan merungut.Ok?

Wednesday, October 7, 2009

Perihal Duit 2

Kata orang kalau kedekut takkan jadi kaya

Betul ke?

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi..
Semoga panjang umur..
Semoga murah rezeki...
dan...
Semoga dapat mencapai apa yang kamu impikan..
Wish kita still dapat menyambut ur birthday even when we are late-50..

<3 ya so much..:)..thx for the memories dear...


Wednesday, September 23, 2009

Raya 1

kamu tahu.
ianya sangat menjengkelkan apabila
seorang yang kamu sangat percaya,senangi,hormati
tiba-tiba berubah sikap terhadap kamu
apabila kamu tidak berjaya mencapai apa yang diharapkanwalaupun kamu telah mencuba sedaya upaya
sakit hati,menyampah,terasa pun ada
namun terpaksa kamu buat tak tahu
kerana dia adalah pengajar kamu sendiri
yang bergembira,berseronok,senang hati apabila bertemu dan berjumpa kamu sebelum ini

perasaan itu
terpaksa dipendamkan,disimpan jauh dalam lubuk hati
kata-kata rakan yg sering mengaitkan kamu dengan pengajar tersebut
sekadar niat bersenda gurau
terpaksa dibalas dengan senyuman pahit
walhal hati terasa pedih skali
tapi tidak mengapa biasalah itu
kaki yang membengkak akibat terkena minyak panas,lima ulser membentuk secara serentak dalam mulut ini pon mampu ku hadapi
inikan pula dugaan tak seberapa ini :)

jangan salah sangka
sebenarnya bukan semua pengajar begini
lebih ramai lagi yang baik hati
yang berhempas pulas,rajin mengajar tanpa mengharapkan balasan diri.
buat golongan ini
terima kasih kamu...

Di kesempatan ini diucapkan selamat hari raya kepada one of my best lecturer ever,encik aziman madun yang kini berada di birmingham uk.diharap cepat-cepat la habis study,bleh kami-kami iaitu encik koyok,cik feyza,encik jimi,mr. kecik,uncle chem,miss dila,miss huda,mr. petah,encik koboi dan lain-lain beraya di rumah encik.
walaupun encik agus yang menggantikan encik agak ok la,tapi ia tak sama dengan encik yang agak caring dengan kami-kami ini.

SELAMAT HARI RAYA!MAAF ZAHIR DAN BATIN!


P/S:Penat weh scroll utusan melayu online salam di perantauan cari gambar ne.akhirnya dapat gak.ahaks:)

Wednesday, September 9, 2009

Perihal Duit 1

Hari ne aku wat analisis belanjawan Ogos 2009..so mengikut analisis aku dalam sebulan aku belanja rm300+,setelah ditolak campur minyak curik dari setor,bekal makan dari umah,belanja kawan-kawan serta menopap yang tersayang..aku buat belanjawan ne bukannya apa cuma nk memudah kan aku membuat anggaran/limit had yg aku belanja tetiap bulan dan untuk memudahkan aku membeli barang yang aku ingini iaitu:

1. kedai makan yg sentiasa sesak dengan pelanggan *kecuali bulan puasa*
2. rumah besar dengan lanskap yg menarik
3. kereta yang dibeli cash yang tanpa perlu pening fikir nk bayar tetiap bulan

dulu time aku takde duit,pening kepala nk pikir mana maw cekau duit..so dari situ mulalah idea nk berniaga tapi cam malas jugakla..mujur ada member wat niaga dadih so leh aku tiru dan dapat gak la income walau skit..n masa last sem aku wat bisnes burger tapi jual dalam 2 kali je pasal tak laku n de saingan..aku pn penah kena tipu,masuk mlm apa tah,bayar rm100 tapi habuk tadak..benda tu semua pengalaman..experience teach u valuable thing..so that u will not repeat the same mistake again..

now aku da keje,ada la duit..pening gak pala mana nak letak duit ne..nak manage duit ne betul2 kasi cukup sampai ujung bulan..byk benda aku kena korban,nak capai target aku.mmg kita bleh loan tapi its better kalu kita usaha sendiri,yg tak cukup baru tambah..n aku berkira2 nak wat bisnes gak nnt..mana leh tahan beb duk keje makan gaji je smpai bila nak kaya*cewah ayat cam da keja puluh tahun kan*...mungkin bisnes kecik jek,jual makanan letak kat kantin kongsi...duit kasi lepas minyak ok gak kan?gaji lebih dalam akaun aku aku bahagi dua..satu untuk save nak gi penang..n satu lagi masuk dalam akaun bank pilihan aku..ada org kata asb tak bagus..dividen rendah..bank rakyat bagus..bleh cecah 10 persen..yang 10 persent tu bukan mcm unit trust asb..risikonye kurang,sama mcm asb..tah la aku kena figure out la nnt..compare mana satu lg baik..

jam pun da pukul 1200 mlm..esok nk keje..mata da ngntuk.esok2 aku smbung lagi,chow~

Sunday, September 6, 2009

Maksud Puasa

Maksud PUASA adalah...Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..ya, bawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..sebab tulah orang yang puasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum dan puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat yang mana:

* Mata tak boleh tengok maksiat..
* Telinga tak boleh dengar maksiat..
* Mulut tak boleh cakap maksiat..
* Otak tak boleh fikir maksiat..
* Tangan tak boleh buat maksiat..
* Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
* hati tak boleh cinta maksiat..

Agak-agak korang,ada ke pernah hari yang korang tak pernah wat benda kat atas?aha

Wednesday, August 12, 2009

H1N1:Buat Duit?


Dipetik dari Hishamuddin Rais,MalaysiaKini.com



Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Tuesday, May 26, 2009

Once Upon A Time In School(Part 1)

No mood to write interesting stuff.Just a few pictures to remind me of my old memories..:)Darjah 6,aku yang bercekak pinggang.Minah sebelah aku tu pemalu sikit.Pe salahnye rapat sikit ye tak?
Wajah aku agak terlindung,5 dari kanan.Time ne kitorang menang pertandingan apa tah,aku pun tak ingat aku masuk atau saja menempel sesuka haha.
Carik la tandatangan aku,syafiq (999).Aku pun tataw pe signifikannye 999 tu masa kecik2 dulu terhadapku.Ingat budak-budak tak pandai berpantun?Siap puji wa hensem lagi beb..
My best teacher in life.Sekarang sudah berkahwin n menetap di Perlis(mayb)?

And our group profile in facebook...

Calling all 6a1 pupils (now all grown-ups). in case you don't remember the class :

-our class teacher: Cik Azilina (now Puan Azilina. dia kawen last 2 years, kot, hence moved to the North),

-we're supposed to be the best among the standard 6 classes,

-and we were taught by Cikgu Azam (sains), Cikgu Sanisah (English)... and cikgu Azilina ajar both maths and BM, dan lain2 cikgu.

-we have both Ketua Pengawas (Azmie) and Penolong Ketua Pengawas (Aminah ke?) in our class.

-kelas kita sangat happening.

-and our class teacher suka buat jamuan makan pizza.

ring any bell? then join in.

oh, if you're from kelas2 sebelah tapi nak join this group pun, takde masalah. ye la, 6a2 (or any other classes, for that matter) tak se-cool mcm 6a1. ngeh.

Takat ni baru ada 26 ahli dari 48 ahli.So if u think u one of us,come join us..Kami mengalukan kehadiran anda.Hehe...

Sunday, May 10, 2009

Time Ticking Too Fast..

Masa berlalu sangat pantas..
Selesai presentation PSM,kena siap menjilidkan tesis dalam masa 3 hari..
Mujur supervisor aku tidak banyak songeh..
Dan esoknye lepas presentation,selesai saja edit aku hantar tesis aku untuk dijilid..
Mujur sempat...kalau tak sempat memang haru jadinya..

Hari Sabtu semalam aku konvoi pulang ke kampung halaman Gombak bersama 5 orang sahabat..
Satu demi satu pergi meninggalkan aku..
Amin bepisah denganku di Parit Yusof..
Mat Champ serta Otai di perhentian Seremban..
N sahabat aku yang aku kenali semasa sem 1,Gembo berpisah di Petronas Sg Besi..
Entah bila kita jumpa lagi..

Esok aku start LI..
Rasa cuak,gementar pun ada...
Tapi aku gagahi juga la..
Site dah pergi tengok tadi..Dekat tempat research kementerian pertahanan...
Agak jauh dari bandar,kalau dekat leh aku mengular..
Teringat kenangan mengular time kelas,lepak di tandas melihat rakan2 menghisap rokok*maaf saya bukan smoker*..
Dan aku agak miss somebody yang sering menemani aku,menahan segala kerenah aku..
Yang sering tertawa,dan berkongsi segalanya dengan aku..
Aku ingat lagi ayat aku dengan dia..
"kita ada kasih,kita ada cinta,tapi kita takde KERJAYA,DUIT..,dan masih belum dapat menggapai impian sendiri"
jadi sekarang la masanye melaksanakan semua tu..
aku harap semasa aku berjumpa dengannya satu hari nanti..
aku dah jadi MANUSIA..a better human than before..
dan time tu lah aku akan melaksanakan sesuatu yang kau tak duga...
haha...

P/S:To all Moms in the world,happy mothers day..Kepada mak aku,u r the best mom in the world..love u:)

Sunday, May 3, 2009

Khas Untuk Cik El

Thread yang khas ditujukan kepada Cik Elina. Thx for your helping hand. Sangat bertuah Dia kerana dapat tidur di dalam rumah macam hotel. Ne ada satu rangkap pantun untuk kamu.


Pergi mengaji naik bas mini,

Tambang tak bayar buat tak reti,

Terima kasih banyak2 cik El yang baek hati,

Esok2 kita jumpe lagi I belanje u makan paparoti..heh ^.^

Friday, April 24, 2009

Dear God

Sometime when your parents scold and mad at you
Doesnt mean that they dont love you
Doesnt mean that they dont need you
Doesnt mean that they not cared of you

I have a father
Whose act like a cool guy infront of me
We seldom smile to each other
And if we talk,it was just for a few minutes
Last time i call him
What i get is his anger
But i keep my head cool
It was my fault,yes it was me
Ask him to pay for what i've did
So i decide not to call him for some period
To show that i've sulk for what he said to me

Last night my sister message me
Talking about my father
My father always ask her about me
About my manner,my study,my future
He says he so proud to be me as a son
Sometimes he wants to have a chat with me
But he didnt know what to chat with me
He says i'm so quiet and serious
Yes that's me
Even my mom told me to keep smile
Why so serious?
She ask me to try to have as many conversation with people around
I hardly tried and will keep trying
For my mom and dad sake

I just know that my dad and brother is getting sick
Kind of having a fever
My mom also getting near to it too
Oh my god i feel gutted
Hopefully they will recover as soon as possible
To my parents i'm sorry for what i've done
I love both of you
And thanks for being a great parents to me :)

Monday, April 20, 2009

Kulari ke hutan teriakku...

Oh encik misai
Aku sungguh rimas
Dan sangat lemas
Terasa kurang kemas
Susah nak bernafas..
Kenapa kau tumbuh di bahagian itu?
Kenapa tidak di belakang telinga
Atau di tengah dada
Mungkin juga di belakang lutut?
Atau menyertai kawanmu si janggut
yang lepak di bawah mulut?

Oh encik jambang
Engkau macam rambutan
Pertumbuhanmu tak seimbang
Kejap pendek dan kejap panjang
Mahu saja aku cukur kasi kau telanjang
Biar mati kau bersama kawan-kawan kau
Namun aku masih mempunyai pertimbangan akal dan kewarasan fikiran
Ku biar saja kau tinggal di situ pagi petang hingga ke malam..
Bersama aku melihat bulan dan bintang...

Wahai misai dan jambang
Kenapa kau tidak tumbuh di muka matyie?
Oh lupa,dia bukan lelaki sejati..
Kenapa tidak di muka anak encik ramlie?
Dia masih budak-budak lagi...
Kenapa tidak di muka mimie?
Dia seorang yang feminine..
Namun begitu aku bersyukur ke hadrat Illahi
Atas pemberiannya yang sungguh bermakna ini
Tanpamu hidupku tak berseri
Wahai jambang dan misaiku ini...*sambil mengusap-usap jambang*

Tuesday, April 14, 2009

Jadi...Kau Mau Apa?




7.53 pagi.

Cuaca mendung.Hujan sudah berhenti menurunkan rintik2 airnya.
Kesejukan pagi terasa hingga ke sumsum tulang.
Mataku kuyu menaip ayat-ayat merapek,mengarut sekadar mahu menghabiskan masa.
Aku lebam.Mata sudah rabak.Badan terasa lesu.
Sudah semalaman tidak tidur.Psm punya pasal dan juga gila bola.
Aku sudah tidak tahan.Mari temani aku ke alam mimpi....

Sunday, April 12, 2009

I Beg A Differ

El.Seorang budak perempuan.Waktu kecil dia sangat comel.Mata bulat,chubby,rambut panjang,bertocang satu di blakang.Skarang sedang menuntut di Sekolah Menengah XXX di Melaka.

El ada dua orang kawan,keduanya perempuan.Salah seorg agak pendek.Kurus,potongan rambutnya seperti lelaki.Lagak gayanya kalah sang teruna.Namun tutur percakapannya sopan,dan tidak menyombong diri.Saya letak namanya Im.

Yang seorang lagi namanya Deb.Sesuai dgn tubuh badannya,debab dan gempal.Agak kasar,namun suka bersolek.Kalau sekali keluar mesti bedak penuh muka.Bermulut agak celupar,namun baik hati dan suka menolong org,even kadang buat muka mintak penampo,haha :D.

Mereka bertiga merupakan sepupu saya.Baru-baru ini mereka kantoi menghisap rokok di perkarangan sekolah.Saya terkejut.Mereka bertiga baru masuk tingkatan satu.Sangka saya mesti Deb yang mengetuai aktiviti hisap rokok tersebut.Deb seperti ketua bagi mereka.Apa dia kata semua akan buat.Tak buat,nnt kena pulau.Mau tak mau terpaksa ikutla..

Jadi saya bertanya emak saya perihal cerita ini.Mak saya kata,Deb tiada kena mengena.Yang kantoinye El dan Im.Mereka sedang lepak di tepi jalan berdekatan sekolah,asyik menghisap rokok tatkala bapak El datang.Nmpak anaknye hisap rokok,muka bapak El jadi merah,marah bagaikan dirasuk.Saya kenal betul bapak El.Seorg peramah,kelakar dan pandai ambil hati orang.Kerana itu dia agak terkenal di kalangan keluarga belah ayah saya.

Ayah El menghampiri El.Terus menampar,menumbuk dengan kuat.El jatuh.Bapaknya masih tidak puas hati.Dipijak badan El sambil menjerit "siapa ajar ko buat benda ne?"Im jadi takut.Senyap,tidak tahu mahu kata apa.

Ayah El jeling Im.Im tunduk.Bapak El menyeluk kocek,mengeluarkan handset dan menelefon emak El.Sambil menungu emak El,bapak El duduk.Pandang tajam El yang sedang menahan tangisan.

Tidak berapa lama kemudian emak El tiba.Sangka saya emak El akan memujuk suaminya.Rupanya emak El pn turut dirasuk.Ditampar anaknya,dicubit ditarik2 rambut anaknya.Bapak El senyap sahaja.Biarlah,aku da puas..giliran ko plak belasah anak kita ne..

El menangis2 kesakitan.Emak El masih tidak puas.Anak yg dikandung sudah pandai menghisap rokok.Dunhill plak tu,mahal beb satu kotak maw RM7 tu..Dibelasahnya El dan dimakinya...Mujur nenek El ada waktu tu..Sambil menarik El ke belakang,dia menjerit"Kalau nak pukul,pukul aku skali.."cabar nenek El..

Ibubapa El terdiam..Fikiran mereka kembali rasional...Jomlah balik,kita setel kat rumah jek..Lalu mereka semua menuju ke kereta,mahu pulang..El still menangis,nenek El cuba pujuk,mengusap2 muka,memeluknya..Ibubapa El buat tak taw...Im pulak masih menggeletar..tidak taw apa nasibnya...

Sebenarnya aku sangat benci akan rokok..Bukan apa bila terhidu bau asapnye aku teringat akan kisah lama,seseorang yang sangat rapat kepada aku menangis2,merayu kepada aku agar jangan hisap rokok..dan aku juga turut dimaki ketika itu,disebabkan orang lain menghisap rokok aku jadi mangsa..Aku harap korang2 sume renti2 kan la hisap rokok tu..tada..~

Saturday, April 4, 2009

Kami Tidak Hebat,Kami Cool!


PANAS!
Suhu hari ini aku jangka agak tinggi.Mungkin mencecah 35 darjah celcius,atau lebih dari itu.
Baju T Musac Showroom aku basah,dibasahi peluh,even ketika aku dalam kereta yang dipecut laju mencecah 120km/jam.

Mungkin kerana itulah trafik light di depan universiti aku tumbang dilanngar lori,bas atau kereta.Aku tidak tau sebab apa,mungkin kerana mabuk,berebutkan aircond di dalam kenderaan sehingga tidak sedar ada trafik light di hadapan atau dilanggar binatang?Yang aku tau disebabkan trafik light tersebut jalan depan universiti aku agak sesak,masing-masing tidak mahu mengalah,mahu cepat.Mujur hari ini hari cuti,jika tidak kereta akan beratur panjang, bunyi hon balas membalas,kalau aku polis mahu saja aku saman manusia yang tidak tau bersabar itu.

Oh bercakap pasal saman,teringat pulak aku saman lalulintas aku terima di Keluang,disebabkan parking di tempat salah.Polis mana laa yang bangang sangat saman aku,parking depan kedai tutup pun salah.Manalah aku nak dapat duit ne...aduyai....

Friday, March 27, 2009

Mingguan Wanita dan Hujan


Aku agak tertarik dengan muka depan mingguan wanita minggu ini.

Gunakan 5 Deria Ketika Seks

Mungkin atas sebab malas melakukan eksplorasi, tergesa-gesa, malu atau mungkin tidak tahu bahawa deria mereka berperanan dalam menghasilkan seks yang lebih berkualiti. Bagi yang ingin mencuba permainan cinta melibatkan lima pancaindera ini, anda boleh jadikan info di bawah sebagai panduan.

Deria yang dimaksudkan ialah sentuhan,rasa,pandangan,bau-bauan dan suara.Aku terpanggil untuk menulis mengenai majalah ini kerana baru sebentar tadi aku nampak budak lelaki sekolah menengah bersama pasangannya membaca artikel ini. Kemudian tersenyum-senyum memandang sang perempuan.Naik jelak dan muak aku tengok.Sedar aku memandang mereka,budak lelaki tersebut tersengih membalas pandangan aku dan berlalu pergi.Nasib baik kau bukan adik aku,kalau tak siap la...Semua pancaindera aku kasi kena tubuh ko nanti...haa~

*****

Petang tadi hujan turun lebat.Purata kilat dan guruh memancar ialah sekali dalam 15 saat.Aku yang bercadang hendak berjumpa penyelia terpaksamenunggu hujan reda,takut berlaku kejadian tak diingini.Nak diguna payung,takut kena sambar dek kilat.Macam kawan aku kata,mengikut hukum elektrostatik, kilat akan menyambar bahan-bahan yang boleh mengalirkan arus negatif.So baik ko tunggu je hujan berhenti.Dey,payung gua plastik la.Cuba tengok betul-betul.Cuma aku agak malu,disebabkan payungku yang berwarna merah jambu aku jarang menggunakannya.Maka tersimpanlah ia di dalam almariku sebagai perhiasan.

Malamnya Mamarazi aka Kak Nisa' buzz aku.Dia bercerita mengenai kereta iswara hitam di Asrama Tun Fatimah yang dihempap bumbung asbestos,disebabkan hujan lebat dan angin bertiup agak kencang.Cermin kereta depan pecah,dan bahagian depannya remuk sedikit.Ceritanya lagi kasut-kasut berterbangan bagai ada puting beliung.Bab bercerita akak mamarazi ne memang semangat,so aku tahankan jugak mendengar sehingga ceritanya habis.Thx kak, at least ada bahan untuk aku bercerita di sini.Dan tidak lupa terima kasih kepada abang Jimmy atas teori elektrostatik beliau,kerana jika aku pergi awal ke kampus tidak mustahil aku boleh ditimpa kemalangan seperti itu. :)

Sunday, March 15, 2009

Ahad.15 Mac 2009

Entri ini mungkin agak lambat pada zahirnya.

Sibuk dengan projek sarjana muda(PSM), subjek-subjek elektif yang lain dan pencarian tempat latihan industri membuatkan masa untuk aku berblog terhad.

Namun aku pedulik apa..

Ahad.15 Mac 2009

Bangun tidur.Memandang rakanku yang sedang nyenyak tidur.Aku tersenyum.Tidak tahu kenapa.Ku cari handset untuk melihat sekarang pukul brapa..10.40 pagi.Wah sudah lewat ni...Aku masih senyum,riang.Tanpa berlengah aku bangkit dan bersiap untuk pergi ke mesyuarat subjek Rekabentuk Konkrit.

11.00 pagi sampai di tempat mesyuarat.Rakan-rakanku bermasam muka.Janji pukul 10.30 skarang sudah 1100. Aku sengih. Lantak korang la,masam ke muram ke moyok ke....Pantas aku membuka fail dan memula serta membahagikan tugas2 yang perlu dilakukan. Semasa membuat kerja,sesekali aku akan tersenyum dan tersengih.Rakan-rakanku berasa pelik dengan tingkah lakuku,namun mereka sekadar berdiam diri.Tepat pukul 12 kami selesai menyiapkan tugasan.

"Koy, nak makan?Meh aku ambilkan," Awang,budak grup aku mempelawa ambilkan aku hidangan.

"Eh takpela, kenyang lagi ne."aku jawab,sengih."tapi kalau nak belanja milo ais ok gak."

"ok."awang jawab pendek,lalu pergi mahu membeli makanan.rakan-rakan sekumpulan yang lain semua dah balik.

Aku pandang sekeliling.Nampak paper Kosmo di salah satu meja dalam kafe terbabit.Aku ambil dan ku baca tajuk di mukasurat belakang sekali, senyum terukir di bibirku.

Man U........1 Liverpool FC....4

Hahaha....Padan Muka.... :)

Thursday, March 12, 2009

Entri Minggu Ini

Kali ini kepalaku terasa amat berat sekali.

Kehilangan salah satu benda dalam hidupku yang sangat penting membuat diriku terasa lain.

Ingatan memutar kembali peristiwa minggu ini,satu demi satu,dari kejadian di UHKI,fakulti,library dan seterusnya di bank Muamalat,berulang kali.

Namun satu klu pun tidak dapat dicari.

Adakah aku harus pasrah dan terima saja takdir Ilahi?

Tuesday, March 10, 2009

Pagi Yang Sunyi

11.30 p.m.

malam sebelum perlawanan liverpool vs real madrid fc berlangsung....

"yok,nak tgk nanti ajak aku taw.esok aku takde kelas.bleh tgk liver lawan real pagi ne."kata Z kepadaku.

Aku angguk.Bagus la sekurangnya ada gak orang yang bleh diajak berbual time tengok match tu nanti.

Selang beberapa minit kemudian...

TIT!Handsetku berbunyi.aku pandang skrin handset.1 MESEJ DITERIMA.Lantas aku menekan butang buka.

"Yok malam ni game liv amik aku dl ek..."T hantar mesej kepadaku.Ok,balasku ringkas.

3.35 pagi.

Dah 15 minit aku tunggu Z balas SMSku,namun tiada jawapan. Tidur la ni,aku membuat andaian sendiri.Abaikan je la...aku bercadang ambil T di rumah dan lepak bersama menonton bola di kedai mamak...

3.40 pagi

Sampai depan umah T.Gelap gelita.Aku bagi salam namun tiada sahutan.Aku hantar msg n call tiada jawapan.So kesimpulannya T tengah tidur,ditemani selimut dan misainya yang setebal dua inci.

KOPITES konon.Dah lepas ni jgn ajak aku tengok bola lagi.Aku harap korang mimpi ngeri malam ne.cilakak...

Saturday, March 7, 2009

The Hero That Has Fallen


Adoi!!Hangin betul aku!!!Pentdrive aku masuk virus!!Sumbat je bontot pentdrive kat komputer Malik,satu bunyi kedengaran.

"Warning!Computer has detected a virus in this device."
Choose:

Ignore
Heal
Acces Deny
Move to vault
Delete

Aku choose delete kerana fail tersebut tidak begitu penting terhadapku..Tapi kemudian amaran muncul lagi,lagi, dan lagi dan lagi...Dan akhirnya a whole file dalam aku punya pentdrive dijangkiti virus...Aduh...file PSM kat situ,gambar ,sumber rujukan,pendekkata pentdrive tu ibarat nyawa aku...apa aku nak buat ne...

"ala koyok senang jek ko format pentdrive tu sudah..."suara sumbang otai bajet star kedengaran

yap bagi aku itu cara terbaik.aku right click kat image device,dan tekan format.maka habislah punah hilang semua hasil kerja penat lelah aku wat psm selama ini.dan selasa ini aku kena pergi ke Lab Building ambil data semula..dan sekali lagi virus jahanam tersebut akan memasuki pentdrive aku...

Haih.....Teknologi,kadangkala memudahkan,kadangkala menyusahkan...

P/S:gambar kat ats takde kena mengena,tapi aku tgk posting aku be4 tis sume takde gambar,aku letak le gambar kat entry baru ne..heh:)

Tuesday, March 3, 2009

take note please..

sesungguhnya aku amat benci dengan perangai rakan-rakan seperti di bawah ini...except nombor 3,sekadar selingan sahaja..

keling nombor 1

"mat, ko call sape ne?"aku tanye mat yg tengah call seseorg.

"aku nak ajak si L ne minum.ko nak join skali ke?nak minum tempat baik punya.minah keje situ ne *tut* dia besar.slalu ktorang duk usha.aku ngan L slalulah minum situ.tempat dia dekat je ngan 25 jam."

"oh..ye ke?"aku tengok dompet.ada le duit syiling lima keping.cukup minum teh o ais.

"orait gak tu.tapi aku nak amik S dulu.aku dah ajak dia minum tadi." aku cakap kat mat

"ok.gerak la dulu.nnt jumpe kat sana."kata mat kepadaku.


pas amik S, aku gerak gi 25 jam.kami tunggu dalam 15 minit tapi mat tak kunjung tiba.so aku flip handset aku aku call nombor dia.

"mat mana ko?"aku tanye mat.
"ala sori la bro.gua tak jadi menum skali la.gua menum ngn kawan gua.sori k?"
lahabau punya mat....

keling banyak cakap

time meeting group.aku bertindak sebagai ketua.
"wei M.aku rasa nak bagi tugas mentenen ne kat kau.bleh buat tak?payah ne."
M jawab.."ala ko jangan risau la...ini simple laa..mudoh..bagi aku 3 hari,setel."
"betul ne M?"aku mintak kepastian.
"betul..nnt aku hntr kat ko pas siap."M jawab confident.

3 hari berlalu.due date seminggu.takpe aku yakin kat mat.2 hari sebelum htr assgmt aku mintak la kat dia.

2 hari before hantar assgmt pun tiba..
"M, da siap da keje aku bagi tu?"aku tanye
nada gelabah"alamak bro..sori la..aku byk keje la ne..psm lagi..takpe2 aku wat malam ne.."
"ok..ko jgn tak siap plak."sempat kot...fikirku..

1 hari before hantar..
"M..camne?siap sudah?"aku tanye buat kali kedua.
"eh da separuh dah..malam karang aku kasi k?"M jawab.
"ok ko jgn lewat plak.org nak wat slide ne..nk prepare lagi.."aku igtkan M
"ok bos.."

malam itu..
"M da siap lum?sent guna YM kat aku.."aku call M malam tu..mintak assgmt
"urm..bro...sebenarnya..aku tak reti wat la...aku da cuba da..tapi takleh jugak...camne ne bro...?"
aku pening..cibai M...cakap awal2 kan senang...

keling hari jumaat

Pukul 1.14 petang.hari jumaat.

S ternampak J depan rumah.
"J,jomlah gi semayang...tumpang aku pun bleh.."S ajak.
"yenade...ade pade gedega"J jawab dalam bahasa keling
"cis.asal hari jumaat jek tukar jadi keling.nak escape semayang jumaat la tu.blah la."aku jerit kat J.J senyum2 jek,sengih macam kerang busuk...

Moral of story: Harap rakan-rakanku tak menjadi manusia seperti di atas. walaupun aku agak cool namun tak bermaksud aku akan berdiam diri diperlakukan sedemikian rupa.handset ada,so apa2 hal just dial the number..bagitau apa masalah korang.tq

Friday, February 27, 2009

Kepada Rakan-rakanku Yang Gemuk Semuanya

Hari ini saya bangun lewat dari kebiasaan.Selalunya begitulah kalau malam sebelumnya ada aktiviti futsal.Akibat terlalu lama tidak bermain futsal,saya dan rakan2 pulun habis-habisan malam itu.Berlaku sedikit adegan tolak menolak dengan pemain AC Milan,Mat Yienho,yang agak kasar,tapi kami hanya gelak2 dan tiada adegan pergaduhan berlaku.

Pulang ke rumah saya terus menuju ke bilik.Nampak rakan saya Champinho masih terbelonyok,nyenyak bagaikan bayi besar sedang tidur.Biasalah dia ni kalau tidur memang tak ingat dunia.Tapi pelik bukan,rakan-rakan saya semuanya di belakang mesti ada -Nho.Masing2 mahu menjadi ronaldinho,walaupun badan masing2 besar dan mempunyai helmet di bahagian perut mereka.*ops sorry rakan2 :)"

Saya masuk ke tandas.Ambil gunting,trim sikit misai,pakai pencuci muka Biore.Ku usap sedikit jambang2 d pipi,urm ok kot ne...Kemudian mandi sebelum memakai baju yang style untuk ke....

MELAKA!!Ok hari ni saya off,mau menghabiskan masa bersama gf saya d bandar melaka bersejarah.Kepada rakan2 semua,duduklah macam kura2 bawah tempurung d Parit Raja yang tiada apa-apa itu.Chow dude : )

Thursday, February 26, 2009

Impian,Cita-cita,Harapan

Early Month of January,1993

Bilik Darjah 1A9,ketika itu hujan turun renyai2.Aku sedang cuba memikat budak kecik sebelah aku tatkala guru kelas berteriak memanggil namaku.

"SYAFIQ!!Sini kejap..."

Aku tersentak.Pehal plak ne..Salah ke aku tekel budak sbelah aku ne?Cinta itu kan buta.Aku bangun,tersengih2 macam kerang busuk.Cikgu Manjawati(actually da tak igt nama cikgu tu) pandang tajam ke arahku.Dengan langkah malas aku berjalan menuju ke arah meja cikgu.

"Duduk."suruhnya.Aku akur.Disuanya fail profil diri aku.

"Awak tertinggal satu benda dalam fail ne.Cita-cita tu tak tulis.Takpe sekarang cikgu tolong awak tulis.Urm fikirkan 3 cita-cita kamu,n then gtaw cikgu.."cikgu tekan hujung pen,sedia untuk menulis.

Cita-cita?Penah plak aku pk cita2 aku dalam umur sementah ne.Yang aku taw main,main dan main.Konda kondi,tangkap ikan,polis entri...Layan beb...HA!!!Teringat aku akan kehandalan Azman Adnan bermain bola.Time tu Azman Adnan tak gemuk cam skang,skarang menari pun cam kayu.Dulu dia main ala-ala Messi,dan rembatan freekicknye ala-ala Ronaldo tau...

"1st skali saya nak jadi pemain bolasepak cikgu.Kalu bapak saya beli suratkhabar mesti saya baca page blakang dulu,pasal bola.Saya peminat RED GIANT!!"jawabku semangat.

Cikgu wat muka bosan,tapi tulis jugakla...Budak-budak,layankan aje.."so...cita-cita kedua awak?"cikgu tanye lagi.

Mukaku berkerut.Model?boleh jugak...Aku sentuh2 mukaku,licin..Haa..TIme kecik dulu manade jerawat.Skang ne da macam kawah muka aku.HA...aku taw...!!

"Kedua saya nak jadi pegawai polis!"jeritku.Teringat kehandalan Ryu dalam cerita Maskmen.Ryu dalam tu kerje polis.Berkungfu mak ai hebat gila...Lagi satu Inspektor Shahab.Shah RUkh Khan berlakon.Aku tataw nama dia dlm cite tu,tapi pasal dorg syik sebut inspektor Shahab tu kot nama dia..

"Kalau ye pun takyah jerit sayang oi,"seraya mencubit badanku.Adoi,sakit.Aku hanya mampu sengih."ok yang last?"

Aku takde idea.Teringat Posmen merempit,layan corner sana sini bila hantar surat.Valentino Rossi pun kalah.

"cikgu letak la posmen.Saya pun tataw apa cita2 saya yg ketiga cikgu."

Cikgu tulis,kemudian berkata padaku"ok done.Awak bleh balik tempat duduk awak.Jangan nakal2 kat belakang tu taw..."

Aku sengih.Cam biasa,ala2 kerang busuk lagi..Kemudian berjalan menuju tempat dudukku.

Time kecik2 dulu aku apa pn tataw.cita-cita,impian,planning untuk masa depan.biasalah dak2 kecik kan,byk main.tapi skang aku da ada tu semua.cuba tanya cita-cita ku..Menjadi jurutera yang banyak berjasa kepada orang ramai.Impian?membahagiakan kedua org tuaku,di samping mendapat isteri secantik angelina jolie..hak2!!Rancangan masa depanku rahsia.:)takleh gtaw..
Aku harap semua orang dapat apa yang mereka impikan,inginkan,mahukan..Sama-sama lah kita bekerja keras ke arah impian kita,amin!!

P/s:aku harap dapat keje konsultan,so skarang aku tgh explore balik software2 lama cam autocad,primavera,n software baru,google sketchup.Tapi kalau takdapat pun takpe,mayb itu yg terbaik tuhan bleh bagi untuk aku :)

Gambar Semasa Darjah 6.Kredit to Raja Ahmad Kamil atas tulisan buruknye ;)

Wednesday, February 25, 2009

Khas Untuk Miss Cdomp Nak Ayaq Tey~

Posting ini khas untuk CT K yang asyik meminta aku membuat rumah idaman beliau.Walaupun aku baru belajar software ne tak smpai 3 hari,ada sedikit selesema dan pening2 kerana perubahan cuaca,namun kerana kawan aku cuba siapkan jugak mereka rumah idaman Miss Siti K dan Mr Dot-Dot nye.Model ne baru siap dalam 50%,akan ada penambahan lanskap,element bangunan seperti tingkap,pintu, dan profil tanah rumput untuk memudahkan siti K bergolek2 dengan Mr DOt2 nya di luar rumah sambil menyanyi dan menari lagu ala2 hindustan.Diharap Siti K berpuas hati dengan rekaan saya ne.He :)

Pandangan dari penjuru atas kiri

Pandangan Dari Hadapan

Sunday, February 22, 2009

Chippoyok:Samseng Comel Berparut di Dahi

Salah seorang rakan aku yang sangat baik dengan aku bertanya akan perihal nama panggilan koyok ku ini.Mana taknye, dulu time skolah aku dipanggil dengan gelaran chip, skarang kat universiti tetiba panggil nama koyok(kalau nak taw akaun YM aku letak nama chip_hensem86,agak kebudakan time tu ^.^) . Katanya nama koyok tu tak seswai untuk aku,macam nama gengster berparut di dahi tepi,tapi kalau nama chip cam comel, sesuai la ngan orgnye :P.Tapi awekku suka nama koyok,siap wat lagu lagi, "yok yok yok chaiyuk yok yok go koyok!"cam tu la bunyi dia.so aku decide untuk ubah nama aku cippoyok,gabungan dua nama panggilan aku,bermaksud samseng comel yang berparut di dahi tepi.

*****

So camne aku dapat nama chip ne?Alkisahnye begini,dulu time orientasi skola teknik KL first skali aku kenal ngan mamat balakong ne nama jep.Hensem dan agak jiwang sedikit orangnye.Dia tanya sapa nama aku?Aku jawab sudah.Maksud pun sedap,penyayang.Tapi dia tamaw.Dia kata dulu ada gak kawan nama syafiq,dorang panggil chip jek,mudah n mesra,ala2 sweet gitu.Aku tak kisah,lantak ko la asal nama tu tak bawak maksud pelik2 sudah.So melekat la nama tu sampai ari ni.Yang panggil nama aku skarang ne adalah rakan2 terdekat aku yang aku sgt baik ketika skool dulu,aju,iena,zul,el,esyam n tak kurang jugak rakan matriks yany,ain,komeng.

Mengenai koyok plak,citennye begini.Time aku jadi budak CC aku slalu main game Counter Strike.Dan nama yang aku gunakan adalah koyok[x]sniper.Bila bermain game slalu kat cc maka secara tak langsungnye kita akan kenal ngan orang2 skeliling kita.Ingat main game kat cc takde faedah ke ha?Selain mendapat ramai rakan kita juga dapat merapatkan hubungan ibu bapa dengan cara mereka kerap mencari kita di cc,dan tanpa segan silu memarahi kita akibat selalu takde kat rumah.Berbalik plak mengenai budak2 kat cc ni,nak memudahkan ingat nama kitorang panggil nama ingame jek,n nama aku cam biasa la agak pekan skit,koyok.Slain koyok nama2 pelik kat cc tu termasuklah cicak,buaya,ayam,baadshah...cam da jadi zoo CC tu ek?
Kat universiti ne rata2 orang panggil aku nama koyok,my gf call me koyok,dak umah aku gitu gak,umah depan,dak kelas,sume la camtu.Aku tak kisah,just call me whatever u want :).

Sebenarnya nama ne memainkan peranan penting.So aku harap bila masuk alam pekerjaan,orang akan ingat dan panggil nama aku syafiq.Penat parents aku fikir nama tu,n aku harap dengan nama tu aku akan membuatkan parents aku bangga,Tan Sri Dr. Ir. Mohd Syafiq b Aminudin,kan bagus tu..hehe..


**gambar gua yang terbaru,samseng gila gua kan :)**

Friday, February 13, 2009

Super Koy The Beginning,Part 1

PERINGATAN:
Aku memang suka menulis cerita yang tak habis.So kepada sesiapa yang asyik menunggu sambungan cerita aku,mayb 2 tahun kemudian pun tak buat2 pun tak siap lagi,except jika aku rajin@takde idea.But for now just enjoy my new story,Super Koy The Beginning!!

In the land faraway....

Terdapat sekmpulan penyelidik sedang menjalankan kerja geology..
koy sedang posing maut,mat yie dan malik kantoi kegiatan gaynya..
dan ijan sedang merangka projek baru CIDB nya..
Tiba-tiba...Raksasa muncuL!!!WARGHH!!
Para penyelidik tersebut berasa sangat takut....LARI!!Kata Malik dengan muka yang ketakutan...
Camne nak buat ne....camne ne matyie??Sue tanya matyie..Matyie pun jawab mana aku taw...makan aku taw la...wakkaa sori yie :PKeadaan agak huru hara,masing2 cuba bersembunyi...Jay lo sembunyi di belakang rimbunan daun-daun tey...

Azah seperti mahu menangis,tetapi sempat ditenangkan oleh Ros yang bajet ala2 angelina jolie .."Apa kita nak buat??"Tanya Ros..."Jap aku msg super koy,selalunya dia yang paling boleh diharapkan waktu2 gini..."....
"SUPER KOY tolong....Kami dalam kesusahan..."msg Azah kepada superhero super duper pawer nak mampos.TIT!!Super Koy balas,"sibuk la..aku tengah study ne,lagi stengah jam aku sampai.."
.Padahal sebenarnya koy tak study,dan sebenarnya dia sedang berpoya2 ngan awek-aweknya...
"HAI KAMI AWEK2 SUPER KOY..."kata mereka ber5 dengan wajah ceria..mak ai lelaki bleh ada 4 orang isteri je awat ada 5 ne??DEBUSH!!!"Gatai awak ne,meh piat tinge skit"...ok2 jap tukar gambar....


Ne gambar sebenar aweknya,Fyza dan Encik Koyokdengan kereta beliau yang dibeli menggunakan duit Finishing Schoolnye dulu....

APAKAH KESUDAHAN CERITE INI?
SIAPAKAH YANG AKAN MENYELAMATKAN MEREKA DARI BENCANA?
KITA TUNGGU EPISOD 2 YANG AKAN MUNCUL,
KERANA AKU ADA TEST NANTI..KENA STUDY...
DAMN!

Sepatah 96 Kata

ait^^.dah agak lama aku tak menulis dalam ruangan ne,mayb dah 3weeks+ lebih.Thx kepada peminat2 yang agak lama menanti akan sambungan cerita2 mengarut aku ne.Terasa jugak la penat lelah aku selama ne terbalas,dan aku akan cuba mengcreate dan menghiburkan korang sumer dengan cerite yang lebih menarik dan ala ala debabas debombas!!

skarang ne masing2 busy ngan test,so aku ucapkan selamat maju jaya,and hopefully korang sume buat yang terbaik dan jangan meniru dalam test ek,cewah.salam: )

Saturday, January 31, 2009

The Tales Of Hantu Cangkul Part 1


Mak ai!Kacak habis mamat ne!Dengan penyodok pun bleh dia bergaya,salute la mamat ne.Sebut pasal penyodok,teringat plak cangkul.Cangkul,teringat plak hantu cangkul.Nak dijadikan cerita,baru-baru ini ramai bertanyakan saya mengenai hantu cangkul,wujudkah ia,di mana ia muncul,bila masa, dan macam-macam lagi. So di sini ingin saya berkongsi cerita mengenai legenda hantu cangkul ini.

*****

Malam semakin larut. R (Bukan nama betul) masih belum tidor lagi.Matanya masih celik.Asyik melihat cara-cara grooming melalui tiub-U.Suasana sekeliling hening skali.Maklumlah,semua rakannya sudah balik kampung,tinggal dia seorang sahaja masih di rumah sewanya ini.Makan sendiri,masak sendiri,basuh baju sendiri,pendek kata semua dia buat sendiri.

R tinggal di Parit Haji Rais, Lorong Thay.Banyak cerita seram didengarnya di situ,tapi dia buat tak taw saja.Lantaklah korang nak kata pe,yang penting aku hepi,dan perutku masih berlemak,bulat,sama seperti model2 yang memperagakan pakaian2 di dalam televisyen.

Nak dijadikan cerita,jam mnunjukkn pkul 2 pagi.Tiba2 bunyi kuat kedengaran di belakng rumah.Bnyik seperti terlanggar sesuatu.R tersentak,namun dia buat2 cool.Buat taktaw.Tapi bunyik tu kedengaran lagi..R senyap.tgk jam dinding.2 pagi.perasaan takut menyelubungi diri R,tapi R beranikan diri pergi ke dapur,mahu mengintai melalu celah2 tingkap siapa di belakang rumahnye.

Sreet....sreet....Bunyi mengheret sesuatu...R makin cuak..R memberanikan diri melihat melalui celah2 tingkap rumahnya.Nmpak kelibat satu lembaga sedang mengheret sesuatu.macam cangkul.Pulak dah...apa org ne buat belakang umah aku pkul 2 pagi ne?Bisik R sendirian.Smpai di tepi pohon cemara,lembaga tersebut berhenti,lantas mengambil cangkul dan mengorek lubang,seperti mahu menanam sesuatu.Tiba2 lembaga tersebut memandang tingkap rumah R,seperti tahu ada org mengintainya.R tersentak,semacam ada darah di mulut lembaga tersebut.Hantu ke tu,bisik hati kecil R.....

TO BE CONTINUITY...

*mamat di atas tu aku tak kenal.Yang nak berkenalan sorry aku takde nombor phone dia :)

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year to All!!

Just wanna wish happy new year,and hopefully this will be one of the finest year in your life.Jadikan kehidupan lebih bermakna,diberkati, dan semoga apa yang diimpikan kita dapat menjadi kenyataan.Amin~*