Friday, March 27, 2009

Mingguan Wanita dan Hujan


Aku agak tertarik dengan muka depan mingguan wanita minggu ini.

Gunakan 5 Deria Ketika Seks

Mungkin atas sebab malas melakukan eksplorasi, tergesa-gesa, malu atau mungkin tidak tahu bahawa deria mereka berperanan dalam menghasilkan seks yang lebih berkualiti. Bagi yang ingin mencuba permainan cinta melibatkan lima pancaindera ini, anda boleh jadikan info di bawah sebagai panduan.

Deria yang dimaksudkan ialah sentuhan,rasa,pandangan,bau-bauan dan suara.Aku terpanggil untuk menulis mengenai majalah ini kerana baru sebentar tadi aku nampak budak lelaki sekolah menengah bersama pasangannya membaca artikel ini. Kemudian tersenyum-senyum memandang sang perempuan.Naik jelak dan muak aku tengok.Sedar aku memandang mereka,budak lelaki tersebut tersengih membalas pandangan aku dan berlalu pergi.Nasib baik kau bukan adik aku,kalau tak siap la...Semua pancaindera aku kasi kena tubuh ko nanti...haa~

*****

Petang tadi hujan turun lebat.Purata kilat dan guruh memancar ialah sekali dalam 15 saat.Aku yang bercadang hendak berjumpa penyelia terpaksamenunggu hujan reda,takut berlaku kejadian tak diingini.Nak diguna payung,takut kena sambar dek kilat.Macam kawan aku kata,mengikut hukum elektrostatik, kilat akan menyambar bahan-bahan yang boleh mengalirkan arus negatif.So baik ko tunggu je hujan berhenti.Dey,payung gua plastik la.Cuba tengok betul-betul.Cuma aku agak malu,disebabkan payungku yang berwarna merah jambu aku jarang menggunakannya.Maka tersimpanlah ia di dalam almariku sebagai perhiasan.

Malamnya Mamarazi aka Kak Nisa' buzz aku.Dia bercerita mengenai kereta iswara hitam di Asrama Tun Fatimah yang dihempap bumbung asbestos,disebabkan hujan lebat dan angin bertiup agak kencang.Cermin kereta depan pecah,dan bahagian depannya remuk sedikit.Ceritanya lagi kasut-kasut berterbangan bagai ada puting beliung.Bab bercerita akak mamarazi ne memang semangat,so aku tahankan jugak mendengar sehingga ceritanya habis.Thx kak, at least ada bahan untuk aku bercerita di sini.Dan tidak lupa terima kasih kepada abang Jimmy atas teori elektrostatik beliau,kerana jika aku pergi awal ke kampus tidak mustahil aku boleh ditimpa kemalangan seperti itu. :)

2 comments:

encik jimi said...

nesal aku halang ko g jumpe lecturer ko..kalo x da kene panah petir dah..hahaha!

zzxxcc said...

jimbit.lu doakan gua macam2.bakar kete lu kang taw la.hak2