Dipetik dari Hishamuddin Rais,MalaysiaKini.com
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.
Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".
Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.
Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.
Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.
Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.
Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.
Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:
- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.
Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.
Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.
International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.
The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.
Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.
Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.
Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.
Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.
DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!
Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.
DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.
Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.
Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.
Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.
Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.
Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.
Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.
Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.
Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.
Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.
Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.
Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.
Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.
Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.
Wednesday, August 12, 2009
H1N1:Buat Duit?
Posted by zzxxcc at 9:42 PM 5 comments
Tuesday, May 26, 2009
Once Upon A Time In School(Part 1)
Darjah 6,aku yang bercekak pinggang.Minah sebelah aku tu pemalu sikit.Pe salahnye rapat sikit ye tak?

Ingat budak-budak tak pandai berpantun?Siap puji wa hensem lagi beb..And our group profile in facebook...
-our class teacher: Cik Azilina (now Puan Azilina. dia kawen last 2 years, kot, hence moved to the North),
-we're supposed to be the best among the standard 6 classes,
-and we were taught by Cikgu Azam (sains), Cikgu Sanisah (English)... and cikgu Azilina ajar both maths and BM, dan lain2 cikgu.
-we have both Ketua Pengawas (Azmie) and Penolong Ketua Pengawas (Aminah ke?) in our class.
-kelas kita sangat happening.
-and our class teacher suka buat jamuan makan pizza.
ring any bell? then join in.
oh, if you're from kelas2 sebelah tapi nak join this group pun, takde masalah. ye la, 6a2 (or any other classes, for that matter) tak se-cool mcm 6a1. ngeh.
Takat ni baru ada 26 ahli dari 48 ahli.So if u think u one of us,come join us..Kami mengalukan kehadiran anda.Hehe...
Posted by zzxxcc at 5:42 PM 9 comments
Sunday, May 10, 2009
Time Ticking Too Fast..
Masa berlalu sangat pantas..
Selesai presentation PSM,kena siap menjilidkan tesis dalam masa 3 hari..
Mujur supervisor aku tidak banyak songeh..
Dan esoknye lepas presentation,selesai saja edit aku hantar tesis aku untuk dijilid..
Mujur sempat...kalau tak sempat memang haru jadinya..
Hari Sabtu semalam aku konvoi pulang ke kampung halaman Gombak bersama 5 orang sahabat..
Satu demi satu pergi meninggalkan aku..
Amin bepisah denganku di Parit Yusof..
Mat Champ serta Otai di perhentian Seremban..
N sahabat aku yang aku kenali semasa sem 1,Gembo berpisah di Petronas Sg Besi..
Entah bila kita jumpa lagi..
Esok aku start LI..
Rasa cuak,gementar pun ada...
Tapi aku gagahi juga la..
Site dah pergi tengok tadi..Dekat tempat research kementerian pertahanan...
Agak jauh dari bandar,kalau dekat leh aku mengular..
Teringat kenangan mengular time kelas,lepak di tandas melihat rakan2 menghisap rokok*maaf saya bukan smoker*..
Dan aku agak miss somebody yang sering menemani aku,menahan segala kerenah aku..
Yang sering tertawa,dan berkongsi segalanya dengan aku..
Aku ingat lagi ayat aku dengan dia..
"kita ada kasih,kita ada cinta,tapi kita takde KERJAYA,DUIT..,dan masih belum dapat menggapai impian sendiri"
jadi sekarang la masanye melaksanakan semua tu..
aku harap semasa aku berjumpa dengannya satu hari nanti..
aku dah jadi MANUSIA..a better human than before..
dan time tu lah aku akan melaksanakan sesuatu yang kau tak duga...
haha...
P/S:To all Moms in the world,happy mothers day..Kepada mak aku,u r the best mom in the world..love u:)
Posted by zzxxcc at 7:54 AM 8 comments
Sunday, May 3, 2009
Khas Untuk Cik El
Posted by zzxxcc at 4:07 AM 2 comments
Labels: Special Gratitude For Someone
Friday, April 24, 2009
Dear God
Sometime when your parents scold and mad at you
Doesnt mean that they dont love you
Doesnt mean that they dont need you
Doesnt mean that they not cared of you
I have a father
Whose act like a cool guy infront of me
We seldom smile to each other
And if we talk,it was just for a few minutes
Last time i call him
What i get is his anger
But i keep my head cool
It was my fault,yes it was me
Ask him to pay for what i've did
So i decide not to call him for some period
To show that i've sulk for what he said to me
Last night my sister message me
Talking about my father
My father always ask her about me
About my manner,my study,my future
He says he so proud to be me as a son
Sometimes he wants to have a chat with me
But he didnt know what to chat with me
He says i'm so quiet and serious
Yes that's me
Even my mom told me to keep smile
Why so serious?
She ask me to try to have as many conversation with people around
I hardly tried and will keep trying
For my mom and dad sake
I just know that my dad and brother is getting sick
Kind of having a fever
My mom also getting near to it too
Oh my god i feel gutted
Hopefully they will recover as soon as possible
To my parents i'm sorry for what i've done
I love both of you
And thanks for being a great parents to me :)
Posted by zzxxcc at 2:37 PM 8 comments
Labels: one word worth thousand meaning.
Monday, April 20, 2009
Kulari ke hutan teriakku...
Oh encik misai
Aku sungguh rimas
Dan sangat lemas
Terasa kurang kemas
Susah nak bernafas..
Kenapa kau tumbuh di bahagian itu?
Kenapa tidak di belakang telinga
Atau di tengah dada
Mungkin juga di belakang lutut?
Atau menyertai kawanmu si janggut
yang lepak di bawah mulut?
Oh encik jambang
Engkau macam rambutan
Pertumbuhanmu tak seimbang
Kejap pendek dan kejap panjang
Mahu saja aku cukur kasi kau telanjang
Biar mati kau bersama kawan-kawan kau
Namun aku masih mempunyai pertimbangan akal dan kewarasan fikiran
Ku biar saja kau tinggal di situ pagi petang hingga ke malam..
Bersama aku melihat bulan dan bintang...
Wahai misai dan jambang
Kenapa kau tidak tumbuh di muka matyie?
Oh lupa,dia bukan lelaki sejati..
Kenapa tidak di muka anak encik ramlie?
Dia masih budak-budak lagi...
Kenapa tidak di muka mimie?
Dia seorang yang feminine..
Namun begitu aku bersyukur ke hadrat Illahi
Atas pemberiannya yang sungguh bermakna ini
Tanpamu hidupku tak berseri
Wahai jambang dan misaiku ini...*sambil mengusap-usap jambang*
Posted by zzxxcc at 6:57 AM 3 comments
Labels: one word worth thousand meaning.
Tuesday, April 14, 2009
Jadi...Kau Mau Apa?

7.53 pagi.
Cuaca mendung.Hujan sudah berhenti menurunkan rintik2 airnya.
Kesejukan pagi terasa hingga ke sumsum tulang.
Mataku kuyu menaip ayat-ayat merapek,mengarut sekadar mahu menghabiskan masa.
Aku lebam.Mata sudah rabak.Badan terasa lesu.
Sudah semalaman tidak tidur.Psm punya pasal dan juga gila bola.
Aku sudah tidak tahan.Mari temani aku ke alam mimpi....
Posted by zzxxcc at 4:46 PM 1 comments

