Sometime when your parents scold and mad at you
Doesnt mean that they dont love you
Doesnt mean that they dont need you
Doesnt mean that they not cared of you
I have a father
Whose act like a cool guy infront of me
We seldom smile to each other
And if we talk,it was just for a few minutes
Last time i call him
What i get is his anger
But i keep my head cool
It was my fault,yes it was me
Ask him to pay for what i've did
So i decide not to call him for some period
To show that i've sulk for what he said to me
Last night my sister message me
Talking about my father
My father always ask her about me
About my manner,my study,my future
He says he so proud to be me as a son
Sometimes he wants to have a chat with me
But he didnt know what to chat with me
He says i'm so quiet and serious
Yes that's me
Even my mom told me to keep smile
Why so serious?
She ask me to try to have as many conversation with people around
I hardly tried and will keep trying
For my mom and dad sake
I just know that my dad and brother is getting sick
Kind of having a fever
My mom also getting near to it too
Oh my god i feel gutted
Hopefully they will recover as soon as possible
To my parents i'm sorry for what i've done
I love both of you
And thanks for being a great parents to me :)
Friday, April 24, 2009
Dear God
Posted by zzxxcc at 2:37 PM 8 comments
Labels: one word worth thousand meaning.
Monday, April 20, 2009
Kulari ke hutan teriakku...
Oh encik misai
Aku sungguh rimas
Dan sangat lemas
Terasa kurang kemas
Susah nak bernafas..
Kenapa kau tumbuh di bahagian itu?
Kenapa tidak di belakang telinga
Atau di tengah dada
Mungkin juga di belakang lutut?
Atau menyertai kawanmu si janggut
yang lepak di bawah mulut?
Oh encik jambang
Engkau macam rambutan
Pertumbuhanmu tak seimbang
Kejap pendek dan kejap panjang
Mahu saja aku cukur kasi kau telanjang
Biar mati kau bersama kawan-kawan kau
Namun aku masih mempunyai pertimbangan akal dan kewarasan fikiran
Ku biar saja kau tinggal di situ pagi petang hingga ke malam..
Bersama aku melihat bulan dan bintang...
Wahai misai dan jambang
Kenapa kau tidak tumbuh di muka matyie?
Oh lupa,dia bukan lelaki sejati..
Kenapa tidak di muka anak encik ramlie?
Dia masih budak-budak lagi...
Kenapa tidak di muka mimie?
Dia seorang yang feminine..
Namun begitu aku bersyukur ke hadrat Illahi
Atas pemberiannya yang sungguh bermakna ini
Tanpamu hidupku tak berseri
Wahai jambang dan misaiku ini...*sambil mengusap-usap jambang*
Posted by zzxxcc at 6:57 AM 3 comments
Labels: one word worth thousand meaning.
Tuesday, April 14, 2009
Jadi...Kau Mau Apa?

7.53 pagi.
Cuaca mendung.Hujan sudah berhenti menurunkan rintik2 airnya.
Kesejukan pagi terasa hingga ke sumsum tulang.
Mataku kuyu menaip ayat-ayat merapek,mengarut sekadar mahu menghabiskan masa.
Aku lebam.Mata sudah rabak.Badan terasa lesu.
Sudah semalaman tidak tidur.Psm punya pasal dan juga gila bola.
Aku sudah tidak tahan.Mari temani aku ke alam mimpi....
Posted by zzxxcc at 4:46 PM 1 comments
Sunday, April 12, 2009
I Beg A Differ
El.Seorang budak perempuan.Waktu kecil dia sangat comel.Mata bulat,chubby,rambut panjang,bertocang satu di blakang.Skarang sedang menuntut di Sekolah Menengah XXX di Melaka.
El ada dua orang kawan,keduanya perempuan.Salah seorg agak pendek.Kurus,potongan rambutnya seperti lelaki.Lagak gayanya kalah sang teruna.Namun tutur percakapannya sopan,dan tidak menyombong diri.Saya letak namanya Im.
Yang seorang lagi namanya Deb.Sesuai dgn tubuh badannya,debab dan gempal.Agak kasar,namun suka bersolek.Kalau sekali keluar mesti bedak penuh muka.Bermulut agak celupar,namun baik hati dan suka menolong org,even kadang buat muka mintak penampo,haha :D.
Mereka bertiga merupakan sepupu saya.Baru-baru ini mereka kantoi menghisap rokok di perkarangan sekolah.Saya terkejut.Mereka bertiga baru masuk tingkatan satu.Sangka saya mesti Deb yang mengetuai aktiviti hisap rokok tersebut.Deb seperti ketua bagi mereka.Apa dia kata semua akan buat.Tak buat,nnt kena pulau.Mau tak mau terpaksa ikutla..
Jadi saya bertanya emak saya perihal cerita ini.Mak saya kata,Deb tiada kena mengena.Yang kantoinye El dan Im.Mereka sedang lepak di tepi jalan berdekatan sekolah,asyik menghisap rokok tatkala bapak El datang.Nmpak anaknye hisap rokok,muka bapak El jadi merah,marah bagaikan dirasuk.Saya kenal betul bapak El.Seorg peramah,kelakar dan pandai ambil hati orang.Kerana itu dia agak terkenal di kalangan keluarga belah ayah saya.
Ayah El menghampiri El.Terus menampar,menumbuk dengan kuat.El jatuh.Bapaknya masih tidak puas hati.Dipijak badan El sambil menjerit "siapa ajar ko buat benda ne?"Im jadi takut.Senyap,tidak tahu mahu kata apa.
Ayah El jeling Im.Im tunduk.Bapak El menyeluk kocek,mengeluarkan handset dan menelefon emak El.Sambil menungu emak El,bapak El duduk.Pandang tajam El yang sedang menahan tangisan.
Tidak berapa lama kemudian emak El tiba.Sangka saya emak El akan memujuk suaminya.Rupanya emak El pn turut dirasuk.Ditampar anaknya,dicubit ditarik2 rambut anaknya.Bapak El senyap sahaja.Biarlah,aku da puas..giliran ko plak belasah anak kita ne..
El menangis2 kesakitan.Emak El masih tidak puas.Anak yg dikandung sudah pandai menghisap rokok.Dunhill plak tu,mahal beb satu kotak maw RM7 tu..Dibelasahnya El dan dimakinya...Mujur nenek El ada waktu tu..Sambil menarik El ke belakang,dia menjerit"Kalau nak pukul,pukul aku skali.."cabar nenek El..
Ibubapa El terdiam..Fikiran mereka kembali rasional...Jomlah balik,kita setel kat rumah jek..Lalu mereka semua menuju ke kereta,mahu pulang..El still menangis,nenek El cuba pujuk,mengusap2 muka,memeluknya..Ibubapa El buat tak taw...Im pulak masih menggeletar..tidak taw apa nasibnya...
Sebenarnya aku sangat benci akan rokok..Bukan apa bila terhidu bau asapnye aku teringat akan kisah lama,seseorang yang sangat rapat kepada aku menangis2,merayu kepada aku agar jangan hisap rokok..dan aku juga turut dimaki ketika itu,disebabkan orang lain menghisap rokok aku jadi mangsa..Aku harap korang2 sume renti2 kan la hisap rokok tu..tada..~
Posted by zzxxcc at 1:06 AM 9 comments
Saturday, April 4, 2009
Kami Tidak Hebat,Kami Cool!
PANAS!
Suhu hari ini aku jangka agak tinggi.Mungkin mencecah 35 darjah celcius,atau lebih dari itu.
Baju T Musac Showroom aku basah,dibasahi peluh,even ketika aku dalam kereta yang dipecut laju mencecah 120km/jam.
Mungkin kerana itulah trafik light di depan universiti aku tumbang dilanngar lori,bas atau kereta.Aku tidak tau sebab apa,mungkin kerana mabuk,berebutkan aircond di dalam kenderaan sehingga tidak sedar ada trafik light di hadapan atau dilanggar binatang?Yang aku tau disebabkan trafik light tersebut jalan depan universiti aku agak sesak,masing-masing tidak mahu mengalah,mahu cepat.Mujur hari ini hari cuti,jika tidak kereta akan beratur panjang, bunyi hon balas membalas,kalau aku polis mahu saja aku saman manusia yang tidak tau bersabar itu.
Oh bercakap pasal saman,teringat pulak aku saman lalulintas aku terima di Keluang,disebabkan parking di tempat salah.Polis mana laa yang bangang sangat saman aku,parking depan kedai tutup pun salah.Manalah aku nak dapat duit ne...aduyai....
Posted by zzxxcc at 12:36 AM 8 comments
Friday, March 27, 2009
Mingguan Wanita dan Hujan

Aku agak tertarik dengan muka depan mingguan wanita minggu ini.
Gunakan 5 Deria Ketika Seks
Mungkin atas sebab malas melakukan eksplorasi, tergesa-gesa, malu atau mungkin tidak tahu bahawa deria mereka berperanan dalam menghasilkan seks yang lebih berkualiti. Bagi yang ingin mencuba permainan cinta melibatkan lima pancaindera ini, anda boleh jadikan info di bawah sebagai panduan. Deria yang dimaksudkan ialah sentuhan,rasa,pandangan,bau-bauan dan suara.Aku terpanggil untuk menulis mengenai majalah ini kerana baru sebentar tadi aku nampak budak lelaki sekolah menengah bersama pasangannya membaca artikel ini. Kemudian tersenyum-senyum memandang sang perempuan.Naik jelak dan muak aku tengok.Sedar aku memandang mereka,budak lelaki tersebut tersengih membalas pandangan aku dan berlalu pergi.Nasib baik kau bukan adik aku,kalau tak siap la...Semua pancaindera aku kasi kena tubuh ko nanti...haa~
*****
Petang tadi hujan turun lebat.Purata kilat dan guruh memancar ialah sekali dalam 15 saat.Aku yang bercadang hendak berjumpa penyelia terpaksamenunggu hujan reda,takut berlaku kejadian tak diingini.Nak diguna payung,takut kena sambar dek kilat.Macam kawan aku kata,mengikut hukum elektrostatik, kilat akan menyambar bahan-bahan yang boleh mengalirkan arus negatif.So baik ko tunggu je hujan berhenti.Dey,payung gua plastik la.Cuba tengok betul-betul.Cuma aku agak malu,disebabkan payungku yang berwarna merah jambu aku jarang menggunakannya.Maka tersimpanlah ia di dalam almariku sebagai perhiasan.
Malamnya Mamarazi aka Kak Nisa' buzz aku.Dia bercerita mengenai kereta iswara hitam di Asrama Tun Fatimah yang dihempap bumbung asbestos,disebabkan hujan lebat dan angin bertiup agak kencang.Cermin kereta depan pecah,dan bahagian depannya remuk sedikit.Ceritanya lagi kasut-kasut berterbangan bagai ada puting beliung.Bab bercerita akak mamarazi ne memang semangat,so aku tahankan jugak mendengar sehingga ceritanya habis.Thx kak, at least ada bahan untuk aku bercerita di sini.Dan tidak lupa terima kasih kepada abang Jimmy atas teori elektrostatik beliau,kerana jika aku pergi awal ke kampus tidak mustahil aku boleh ditimpa kemalangan seperti itu. :)
Posted by zzxxcc at 10:08 AM 2 comments
Sunday, March 15, 2009
Ahad.15 Mac 2009
Entri ini mungkin agak lambat pada zahirnya.
Sibuk dengan projek sarjana muda(PSM), subjek-subjek elektif yang lain dan pencarian tempat latihan industri membuatkan masa untuk aku berblog terhad.
Namun aku pedulik apa..
Ahad.15 Mac 2009
Bangun tidur.Memandang rakanku yang sedang nyenyak tidur.Aku tersenyum.Tidak tahu kenapa.Ku cari handset untuk melihat sekarang pukul brapa..10.40 pagi.Wah sudah lewat ni...Aku masih senyum,riang.Tanpa berlengah aku bangkit dan bersiap untuk pergi ke mesyuarat subjek Rekabentuk Konkrit.
11.00 pagi sampai di tempat mesyuarat.Rakan-rakanku bermasam muka.Janji pukul 10.30 skarang sudah 1100. Aku sengih. Lantak korang la,masam ke muram ke moyok ke....Pantas aku membuka fail dan memula serta membahagikan tugas2 yang perlu dilakukan. Semasa membuat kerja,sesekali aku akan tersenyum dan tersengih.Rakan-rakanku berasa pelik dengan tingkah lakuku,namun mereka sekadar berdiam diri.Tepat pukul 12 kami selesai menyiapkan tugasan.
"Koy, nak makan?Meh aku ambilkan," Awang,budak grup aku mempelawa ambilkan aku hidangan.
"Eh takpela, kenyang lagi ne."aku jawab,sengih."tapi kalau nak belanja milo ais ok gak."
"ok."awang jawab pendek,lalu pergi mahu membeli makanan.rakan-rakan sekumpulan yang lain semua dah balik.
Aku pandang sekeliling.Nampak paper Kosmo di salah satu meja dalam kafe terbabit.Aku ambil dan ku baca tajuk di mukasurat belakang sekali, senyum terukir di bibirku.
Man U........1 Liverpool FC....4
Hahaha....Padan Muka.... :)
Posted by zzxxcc at 9:36 PM 2 comments
